Kelantan Bikers
Home
About Us
Contact Us
Gallery of Photos

tajmahal076.jpg

Selamat Datang ke laman web
Kelantan Bikers

Kelantan Darulnaim mempunyai kurang lebih 160 biji motosikal kuasa tinggi dari 500 c.c. hingga 2000 cc berbagai jenama termasuk Harley Davidson, Kawasaki, Honda, Yamaha, Titan, Aprilla, dll

Sejarah Motorsikal Kuasa Besar di kelantan.
 
Bermula sekitar tahun 1960an para peminat motosikal kuasa tinggi mula memasuki ke Kelantan dengan membawa masuk Motosikal Triumph, BSA dan Norton. Sehingga kini motosikla jenis ini masih lagi ada beberapa biji disekitar Kelantan.
 
Akhir tahun 1970an hingga 1980an beberapa orang pemuda Kelantan telah membawa masuk motor jenis Kawasaki ZZR 750, 1200 dan Homda CBR 800.
Antara orang awal membawa masuk ZZR mungkin Pak Nik [ Nik Abdullah ] Kubang Kerian, Pak Su Li Maybank, Adik Mat Lawyer, Nasif dan lain-lain.
 
Kini tahun 2008 terdapat hampir 160 buah motosikal kuasa tinggi diseluruh Kelantan. Namun seperti adat dan tradisi semua pemilik motosikal diseluruh dunia. Tidak ada kata sepakat dalam hala tuju, kerana masing-masing mempunyai cara dan matlamat sendiri untuk mencapai impian menunggang motosikal.
 
Kerana itulah persatuan atau klub motosikal besar di Kelantan menjadi pasang susut. Berapa tahun sahaja klub atau perastuan ini wujud, kemudian ahli berebut menjadi ketua, persatuan atau klub berpecah.
 
Kini yang aktif terdiri dari 'Klub Seronok Sediri' terdiri dari lingkungan 60 bikers yang akan berkumpul setiap khamis petang di Dataran Stadium untuk perjumpaan rekerasi, sekadar minum-minum dan setiap jumaat 20 hingga 30 bikers ini akan berkonvoi untuk sarapan pagi disekitar Kelantan Darulnaim.
Kadang mereka berkonvoi ke Pantai Besut, Pasir Puteh, Rantau Panjang dan lain-lain.
 
Diwaktu tertentu ahli KSS ini berkonvoi kermerata tempat seperti ke Pulau Pinang, Kuala LUmpur, Haadai, Phuket, Koh Samui dan lain-lain.

From film to digital, we do it all.
Reel of Film
Our Recreation Company
Any Street
Anytown, US 01234

(800) 555-1212

Or e-mail:

info@recreation.com

Please get in touch to offer comments and join our mailing list.

122 Taman University, Gelang Mas, Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan.